PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES Mardhiyyah Hotel & Suites

Hotel in Shah Alam
Menu
Mardhiyyah Hotel & Suites
English English
Book your stay Best rate guaranteed
 
Mardhiyyah Hotel & Suites
Lot P5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia Phone 603-5511 8811 Fax 603-5511 8899 Email info@mardhiyyahhotel.com
  • Discover Mardhiyyah Hotel & Suites – Your Getaway to Shah Alam
  • Accommodation
    • Deluxe Room
    • Deluxe Suite Room
    • As-Safinaz
    • Executive Suite / Presidential Suite
    • Offers
  • Dining
    • Royale Songket
    • Borak-Borak
    • Tung Yuen
  • Conference Room
  • Packages
    • Wedding Package
    • Anniversary Package
    • Birthday Package
  • RECOGNITION & AWARDS
  • PRIVILEGED PARTNERSHIP
  • Location
  • Gallery
  • Press Release
  • Contact Us

Online booking

 
Book your stay Best rate guaranteed
Press Release
  1. Homepage
  2. Press Release
  3. PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

 

SHAH ALAM – Musim cuti sekolah kali ini, Mardhiyyah Hotel & Suites tidak melepaskan peluang mengadakan satu program kulinari iaitu Program Cef Pastri Junior. Program ini yang bertempat di Bilik Kompang di Aras 1 membuka peluang kepada golongan cilik untuk mengisi masa lapang menimba ilmu dan pengalaman dalam kelas pastri.

Program ini yang diadakan pada 4 Februari 2023 menerima sambutan yang baik daripada ibu bapa yang menginginkan aktiviti yang berbeza buat anak-anak mereka. Seramai 30 peserta berusia lingkungan 5 hingga 12 tahun menyertai program tersebut. Demonstrasi pembuatan pastri telah dilakukan bersama pasukan pastri yang diketuai oleh Cef Pastri hotel, Cef Firdaus Stanly yang mengajar para peserta cilik ini resipi membuat roti bun dan biskut. Sesi ini adalah secara praktikal berkumpulan dan peserta boleh membawa pulang pastri dan resipi.

Objektif program ini adalah ingin berkongsi pengalaman kepada kanak-kanak untuk merasai proses dan mengenali alat-alatan asas dalam proses pembuatan pastri. Sehubungan dengan itu, peserta juga menerima sijil rasmi penyertaan daripada pihak hotel dalam edisi sulung program tahun ini. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mendapatkan promosi-promosi terkini.

Lot P5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, Malaysia Phone 603-5511 8811 Fax 603-5511 8899 info@mardhiyyahhotel.com
  • TripAdvisor
© Copyright Mardhiyyah Hotel & Suites - 2025
  • Accommodation
  • Dining
  • Conference Room
  • Packages
  • Privacy Policy
  • RECOGNITION & AWARDS
  • Press Release
  • PRIVILEGED PARTNERSHIP
  • Credits
';