PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES
SHAH ALAM – Musim cuti sekolah kali ini, Mardhiyyah Hotel & Suites tidak melepaskan peluang mengadakan satu program kulinari iaitu Program Cef Pastri Junior. Program ini yang bertempat di Bilik Kompang di Aras 1 membuka peluang kepada golongan cilik untuk mengisi masa lapang menimba ilmu dan pengalaman dalam kelas pastri.
Program ini yang diadakan pada 4 Februari 2023 menerima sambutan yang baik daripada ibu bapa yang menginginkan aktiviti yang berbeza buat anak-anak mereka. Seramai 30 peserta berusia lingkungan 5 hingga 12 tahun menyertai program tersebut. Demonstrasi pembuatan pastri telah dilakukan bersama pasukan pastri yang diketuai oleh Cef Pastri hotel, Cef Firdaus Stanly yang mengajar para peserta cilik ini resipi membuat roti bun dan biskut. Sesi ini adalah secara praktikal berkumpulan dan peserta boleh membawa pulang pastri dan resipi.
Objektif program ini adalah ingin berkongsi pengalaman kepada kanak-kanak untuk merasai proses dan mengenali alat-alatan asas dalam proses pembuatan pastri. Sehubungan dengan itu, peserta juga menerima sijil rasmi penyertaan daripada pihak hotel dalam edisi sulung program tahun ini. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mendapatkan promosi-promosi terkini.