SHAH ALAM – Mardhiyyah Hotel & Suites mengalu-alukan ketibaan tahun baharu 2023 dengan hidangan makan malam istimewa bersama sorotan Beef Wellington dan Cajun Chicken. Hidangan istimewa ini boleh didapatkan di Restoran Royale Songket yang terletak di aras lobi pada 31 Disember 2022 bermula jam
6.30 petang hingga 10.00 malam. Mari tambahkan kemeriahan dengan menikmati hidangan bufet menarik dan menyelerakan untuk membangkitkan suasana ambang malam tahun baharu.
Pengunjung boleh memulakan pengalaman gastronomi dengan menikmati pelbagai pembuka selera seperti Roasted Chicken Salad with Pineapple Salsa, Baked Egg Mousse with Chili Mayonaise, Crabmeat and Mango Salsa, Tomato-Cheese Stacks with Balsamic and Pesto, Rojak Pasembur, Popia Basah Udang Geragau, Tauhu Sumbat Kuah Kacang dan Satay.
Melangkah ke tumpuan utama makan malam ini adalah Fried Chicken Fillet in ‘Typhoon Shelter’ Style, Sotong Masam Manis Mangga Muda, Barbecue Braised Short Rib with Pineapple, Grilled Salmon Fillet in Light Turmeric-Calamansi Cream Sauce, Oven-Baked Tiger Prawn with Cheese dan Vegetable Paella Rice.
Seterusnya, pengunjung boleh menikmati pilihan menu masakan Barat di Carving Station. Menunya termasuklah Oven Roasted Whole Lamb, Beef Wellington Cajun Chicken dan Chermoula Baked Fish. Selain itu, di Pasta Station turut terdapat Spaghetti, Farfalle, Fusilli Carbonara dan Seafood Arabiatta.
Buat penggemar makanan Jepun dan Cina, jangan lepaskan peluang mencuba Sashimi and Sushi, California Roll, Seafood Yakitori, Chawan Mushi, Japanese Coleslaw, Tempura Mariowase, Dim Sum dan pelbagai jenis Pau.
Tidak lengkap sesuatu bufet tanpa hidangan pencuci mulut dan pastry. Antara hidangan yang dihidangkan adalah Mango Cheese Cake, Tiramisu in Glass, Ginger Panna Cotta, Black Forest, Chocolate Moist Cake, Classical Butter Cake, Bread and Butter Pudding, Bubur Kacang Bersago, Waffle with Condiments dan tidak ketinggalan Chocolate Fountain.
Makan Malam Ambang Tahun Baharu ini diadakan pada 31 Disember 2022 (Sabtu) bermula dari jam 6.30 petang hingga jam 10.00 malam. Harganya adalah RM168.00 bagi dewasa dan RM130.00 untuk kanak- kanak (6 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Kami menggalakkan pelanggan untuk membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 sambungan 2612 (Restoran Royale Songket) atau 019-2616847/012-3518284. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi-promosi terkini.
Selain Makan Malam Ambang Tahun Baharu, Minum Petang Tahun Baru dengan menampilkan menu kegemaran Malaysia, Jepun dan pelbagai masakan barat. Minum Petang Tahun Baru ini berharga RM115.00 bagi dewasa dan RM65.00 untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Dapatkannya bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang.
BUFET MAKAN MALAM AMBANG TAHUN BAHARU
Sabtu I 6.30 petang – 10.00 malam I Restoran Royale Songket, Lobi
Harga: RM 168.00 (Dewasa), RM 130.00 Kanak-Kanak (6 hingga 12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
MINUM PETANG TAHUN BARU
Ahad I 12.00 tengahari – 4.00 petang I Restoran Royale Songket, Lobi Harga: RM 115.00 (Dewasa), RM 65.00 Kanak-Kanak (6 hingga 12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
Restoran Royale Songket merupakan tempat yang harus dikunjungi untuk menikmati masakan asli
Malaysia dan antarabangsa. Dekorasi dalaman yang baharu melengkapkan isi ruang dengan konsep yang lebih elegan dan mendamaikan. Anda pasti tertarik dengan persekitaran mesra pelanggan yang memberi pengalaman yang cukup selesa untuk menikmati hidangan di sini.
Selangkah anda memasuki ruangan Restoran Royale Songket, pandangan anda pasti akan terpukau dengan pencahayaan dari segenap ruang yang akan melengkapkan rasa mewah restoran dalam hotel.