SAMBUTAN SYAWAL – SET HI-TEA KELUARGA DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES
SHAH ALAM –Mardhiyyah Hotel & Suites membawakan set hi-tea keluarga untuk dinikmati pada sambutan perayaan Syawal. Tawaran santapan sempena Aidilfitri ini bermula pada 1 dan 2 Syawal 1444H di Restoran Royale Songket dari jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.
Dari hidangan pembuka selera hingga pencuci mulut, pasukan kulinari hotel menyediakan hidangan lazat hari raya yang membuka selera. Seperti kebiasaan, Syawal pasti tidak lengkap tanpa hidangan tradisionalnya seperti Nasi Impit, Lemang, Ketupat Palas, Serunding & Kuah Kacang. Hidangan lain juga boleh didapati termasuklah Nasi Tomato, Lamb Chop Briyani, Ayam Madu, Satay Ayam, Lontong dan Roti Jala Kari Ubi Kentang, Fresh Fruits, Assorted French Pastries, Syawal Cookies, Cordial Drinks, Coffee & Teh Tarik.
Hi-Tea Keluarga ini boleh didapatkan pada harga RM 260.00 bersih satu set untuk empat (4) orang. Kami menggalakkan tetamu untuk membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 EXT, 2612 Restoran Royale Songket atau WhatsApp & hubungi 012-3518284.
Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi terkini.
Promosi Hi-Tea Syawal : RM 260.00 satu set untuk 4 orang
Tempoh Promosi : 1 Syawal & 2 Syawal 1444H
Waktu Operasi : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras Lobi