MARDHIYYAH HOTEL & SUITES AKHIRI EDISI KELAS MEMASAK 2023 DENGAN GOURMET
SHAH ALAM – Kelas memasak untuk si cilik kembali lagi! Kembali dengan edisi hujung tahun, Mardhiyyah Hotel & Suites membuka peluang kepada kanak-kanak menyertai aktiviti kelas memasak gourmet di sini. Kelas memasak ini dibuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun sebagai satu usaha untuk membantu para peserta mengisi masa lapang dengan mempelajari sesuatu yang berfaedah.
Pihak hotel menerima sambutan penyertaan yang memberangsangkan dengan seramai 32 peserta keseluruhannya. Pengurus Besar Mardhiyyah Hotel & Suites meluahkan rasa kagum dengan semangat dan respon yang diberikan oleh ibu bapa dan para peserta.
“Aktiviti kelas memasak ini merupakan kelas memasak edisi ke 3 pihak hotel telah anjurkan. Kami amat kagum dengan respon positif yang diberikan dan diharapkan anak-anak ini dapat menambah pengalaman juga ilmu baru secara santai dan menyeronokkan” kata Encik Bahrun Ismara Nor.
Demonstrasi setiap hidangan ini telah dilakukan bersama barisan cef Mardhiyyah Hotel & Suites yang diketuai oleh Cef Al-Hafiz. Selain itu, para peserta mempelajari jenis-jenis alatan, bahan-bahan memasak juga cara penyediaan. Turut disediakan adalah resipi dan sijil penyertaan. Yang menariknya para peserta boleh membawa pulang setiap hidangan yang dipelajari untuk ditunjukkan kepada keluarga.
Aktiviti sebegini dilihat mampu memberi peluang kepada kanak-kanak yang meminati bidang kulinari menonjolkan bakat dan meningkatkan kemahiran dalam diri mereka. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mendapatkan promosi-promosi terkini.